Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu



Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu

KLANG – Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan pergaduhan dipercayai berkaitan perebutan teman wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran di sini 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun itu disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

“Kesemua mereka kini sebagai orang dikehendaki dikenali sebagai Sebastian Low Jhun Yung, 21; Chan Jia Jing,17; Ho Zhen Yang, 22.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami pendarahan otak, lebam di muka dan luka di tangan serta kaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.




Pada 25 Mei Sinar Harian melaporkan seorang remaja antara lapan lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sekitar jam 2.10 pagi di sebuah restoran di sini pada 24 Mei.

Hasil soal siasat, suspek mengaku pergaduhan berlaku gara-gara perebutan teman wanita antara salah seorang suspek dan mangsa.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, seramai sembilan suspek berusia lingkungan 14 ke 21 tahun ditahan dan mana enam daripada mereka telah dituduh di mahkamah sementara seorang dijadikan saksi pendakwaan.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya serta mendapat arahan untuk tuduh enam suspek di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek dibebaskan tanpa syarat. Sinar

Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Leave a Reply

Your email address will not be published.