Contohi sikap suka membaca rakyat Jepun – Ismail

Contohi sikap suka membaca rakyat Jepun – Ismail

Rakyat Malaysia perlu mencontohi masyarakat Jepun yang terkenal dengan sikap suka membaca, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pembangunan sesebuah negara turut bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing.

“Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui amalan membaca, budaya membaca ini menjadi salah satu sebab kejayaan negara ‘Matahari Terbit’ tersebut.

“Ketika berada di Jepun bagi lawatan kerja ke Jepun minggu lalu, saya dapat lihat sikap cintakan ilmu bukan sahaja dari kalangan anak muda, malah golongan dewasa juga mempunyai sikap yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini malam ini.

Sehubungan itu, katanya, bagi menghasilkan buku berkualiti dan seterusnya memperkasakan industri ini, beliau mahu pengarang, penerbit dan semua pemegang taruh dalam industri buku secara amnya memainkan peranan masing-masing.

“Usaha ini juga dapat menyokong pertumbuhan dan memupuk kelangsungan pembinaan negara bangsa melalui budaya membaca,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan terus menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) serta pesta buku dan aktiviti penerbitan buku sebagai perusahaan pendidikan dan budaya.

Beliau berkata, program seumpama itu akan memperkukuhkan budaya membaca dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan agensi berkaitan hendaklah melaksanakan usaha lebih giat bagi memajukan industri penerbitan buku tempatan dan menggalakkan aktiviti berkaitan dengannya. FMT

Contohi sikap suka membaca rakyat Jepun – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker