Kelantan catat trend peningkatan jenayah seksual – Polis
Kelantan catat trend peningkatan jenayah seksual – Polis
Polis Kelantan menyatakan kebimbangan berhubung trend peningkatan jenayah seksual di negeri itu mengambil kira banyak menerima laporan berkait kes berkenaan, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun.
Katanya, perlakukan jenayah itu membabitkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sumbang mahram.
“Sepanjang tahun 2021 sebanyak 228 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah seks luar tabii telah dilaporkan.
“Bagaimanapun sejak Jan hingga Mei tahun ini sebanyak 76 kes jenayah seksual telah dilaporkan berbanding 84 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”.
Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.
Zaki ketika mengulas lanjut, berkata polis akan terus berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berkait dengan jenayah seksual khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).
Beliau berkata, golongan ibu bapa juga disaran memainkan peranan dalam mengelakkan jenayah ini berlaku kepada anak-anak mereka.
Katanya, pada masa sama individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini perlu terus diberikan bimbingan untuk mereka kembali bangkit daripada kejadian itu.
“Pendedahan yang dibuat ini bertujuan untuk mendidik supaya masyarakat faham betapa bahaya kesan jenayah ini kepada anak-anak.
“Kita harap ibu bapa dapat mengambil iktibar dalam usaha mencegah perkara ini daripada terus berlaku,” katanya. FMT
Kelantan catat trend peningkatan jenayah seksual – Polis
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]
Negeri bawah Pas..