PRU15: KKM ambil langkah cermat, selamat

MELAKA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan cermat dan selamat berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, negara masih lagi dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan pihaknya sedang menunggu impak fasa itu.

“Jika Fasa Peralihan ke Endemik tak mencetuskan gelombang yang serius, maka saya rasa pada waktu itu (boleh diadakan PRU15), sebab kalau kita buat Pilihan Raya Negeri (PRN) banyak kita boleh kawal.

“Tapi selepas ini tanpa apa-apa sekatan lagi, mestilah parti-parti politik akan minta buat ceramah. Dulu (ketika PRN) kita tak ada ceramah besar-besaran jadi bagi saya lebih baik kita berwaspada dan hati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dilaporkan hari ini berkata tiada lagi alasan untuk PRU15 tidak diadakan dalam masa terdekat, kerana memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang akan berakhir selepas Julai ini, selain pandemik Covid-19 juga telah berakhir.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan terma yang tepat berkaitan pandemik Covid-19.

“Kita masih lagi pandemik, lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi umum Covid-19 sebagai ‘public health emergency of international concern’, dan bila diumumkan nanti Malaysia juga akan buat pengumuman bahawa kita tak lagi akan menggunakan Akta 342 (Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Maksudnya di bawah Akta 342, saya sebagai Menteri Kesihatan masih lagi mengisytiharkan Malaysia sebagai kawasan pandemik Covid-19. Jadi tak tepat kita dah tamat pandemik,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada kanak-kanak pada sambutan tertentu seperti sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan, 16 Jun ini setelah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dihentikan 31 Mei lepas.

“Kita akan buka kepada mereka yang dah melepasi usia lima tahun. Itu keistimewaan…mungkin ada yang tercicir, jadi kita buka balik pada sambutan-sambutan tertentu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kanak-kanak yang mencapai usia lima tahun akan menerima vaksin secara percuma sehingga 31 Jan 2023.

Beliau berkata tempahan bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan janji temu di klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker