Amber Heard terima lamaran kahwin lelaki Arab Saudi

Heard menerima lamaran perkahwinan daripada peminatnya dari Arab Saudi yang bersimpati dengan kekalahannya kepada bekas suami, Johnny Depp. – Gulf News

RIYADH – Seorang lelaki dari Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan Amber Heard selepas aktres itu tewas dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp, lapor laman Gulf News.

Dalam nota suara yang disiarkan di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki tersebut berjanji kepada aktres Amerika Syarikat (AS) itu untuk mengisi hidupnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

“Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

“Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak. Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam kiriman nota suara.

Selepas ia disiarkan, nota suara itu telah menjadi tular di media sosial. Dalam masa kira-kira 14 jam, ia mendapat hampir 100,000 tontonan.

Pada Rabu lalu, Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati wanita tersebut telah memfitnah bekas suaminya itu.

Heard mendakwa bahawa pelakon Pirates of the Caribbean itu telah menderanya sepanjang hubungan mereka.

Juri juga telah memberikan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada aktor tersebut yang diakui oleh peguam Heard bahawa bintang Aquaman itu tidak mampu untuk membayarnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker