Sakit perut bongkar abang rogol adik kandung

Sakit perut bongkar abang rogol adik kandung

Kota Bharu: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol adik kandungnya yang juga pelajar Tingkatan Satu sehingga mengandung.

Suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani itu ditahan di rumahnya, di sini, jam 2.50 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu terbongkar apabila pihak hospital membuat laporan petang semalam susulan mangsa mendapatkan rawatan akibat sakit perut di Hospital Kajang, Selangor.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu mendapati mangsa berusia 13 tahun disahkan mengandung 26 minggu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali.

“Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa sehingga mangsa disahkan mengandung,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan dan maklumat diterima, pihaknya menahan suspek di rumahnya dan pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Hasil semakan dibuat mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 9 Jun dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan remaja yang mana membabitkan pelajar sekolah, pihak polis menyeru kepada semua ibu bapa dan juga semua guru supaya memberikan perhatian dan cakna dengan keselamatan mereka.

“Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan serta kegiatan jenayah,” katanya. HM

Sakit perut bongkar abang rogol adik kandung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker