‘Arwah Peminat Tegar Hujan ‘ – Noh Salleh
‘Arwah Peminat Tegar Hujan ‘ – Noh Salleh
Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh, 37, cukup terkesan dengan pemergian remaja lelaki berusia 19 tahun yang mayatnya ditemui bersama seorang lagi rakannya dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.
Menurut Noh, Allahyarham yang juga pemain bass sebuah kumpulan muzik itu dikenali ketika remaja itu berusia 15 tahun yang juga peminat tegar kumpulan Hujan.
Malah, Allahyarham sentiasa menyokong aktiviti kumpulan Hujan.
“Arwah juga menjadi penggerak penting dalam kumpulannya itu. Kesungguhannya sebagai pemuzik sangat mengagumkan saya serta keseluruhan komuniti muzik yang mengenalinya.
“Sewaktu pengebumiannya, ramai sangat datang memberi penghormatan terakhir buatnya. Itu membuktikan betapa besarnya impak ditinggalkan kerana keperibadiannya pun memang sangat menyenangkan,” katanya kepada Harian Metro.
Noh turut bersimpati dengan keluarga Allahyarham yang sudah dianggapnya sebagai keluarga sendiri.
“Saya sempat ke bilik mayat di hospital untuk sama-sama memberi sokongan dan tenangkan ibu bapanya. Semestinya sayu hati melihat mereka meratapi pemergian anaknya pada usia muda begitu,” katanya yang kali terakhir berjumpa Allahyarham kira-kira sebulan lalu.
Semalam, Harian Metro melaporkan misteri kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang pada 23 dan 24 Mei lalu terbongkar dengan penemuan mayat mereka di dalam sebuah MPV di parkir sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.
Pemeriksaan pada badan kedua-dua mayat itu serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan sedang dijalankan.-HM
‘Arwah Peminat Tegar Hujan ‘ – Noh Salleh
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
You must be logged in to post a comment.