Isu Tutup Wajah Anak: Elly Mazlein Minta Kak KM Tak Sentuh Cara Orang Jaga Privasi

Isu Tutup Wajah Anak: Elly Mazlein Minta Kak KM Tak Sentuh Cara Orang Jaga Privasi

PENGACARA dan penyanyi Elly Mazlein menganggap tindakan menutup wajah anak di media sosial adalah pilihan masing masing.

Tidak bersetuju dengan pendapat usahawan jamu Kak KM, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan anak-anaknya terdedah ke dunia glamor.



“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom (panggilan dirinya) jauh dari dunia glamor. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content,” ujarnya

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang kini berusia tujuh bulan.



Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun

Dalam pada itu, Elly meminta usahawan yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu masuk campur dalam urusan ibu bapa lain menjaga anak mereka.

“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih, tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.



Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegur segelintir artis yang gemar menutup wajah anak dengan sticker di media sosial.

Menurutnya, perkara berkaitan takut disantau atau dikenakan ilmu sihir tidak seharusnya dibimbangkan jika individu tersebut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak-mSTAR

Isu Tutup Wajah Anak: Elly Mazlein Minta Kak KM Tak Sentuh Cara Orang Jaga Privasi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker