‘Tak Mustahil Kartel Ayam Cari Jalan Belakang’

‘Tak Mustahil Kartel Ayam Cari Jalan Belakang’

Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa melahirkan kebimbangan bahawa keputusan Kabinet untuk menghentikan pengeksportan ayam berkuat kuasa 1 Jun ini akan gagal menyelesaikan bekalan sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan di sempadan tidak diperketatkan.

Ketua Pemudanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, dengan pengharaman eksport ini, tidak mustahil kartel-kartel ayam akan mencari jalan belakang untuk menjualnya ke luar negara, sekali gus menyebabkan keputusan kabinet tidak memberi kesan mendalam kepada pasaran tempatan.



“Kita sering mendengar kisah minyak masak diseludup ke negara jiran dan beras diseludup ke negara ini. Tidak mustahil selepas ini kisah seludup ayam pula akan berkumandang.

“Justeru, pihak penguat kuasa di peringkat kementerian, sempadan dan pelabuhan harus bekerja keras memastikan keputusan Kabinet ini dikuat kuasa dengan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dibuat sehingga harga dan pengeluaran ayam di dalam negara kembali stabil.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin menambah, pengharaman eksport ini akan membolehkan kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dipulihkan berikutan pada setiap bulan negara ini mengeksport sekitar 3.6 juta ekor ayam ke luar negara.



“Sudah tentu kerajaan akan dikritik oleh pengeksport ayam yang mengaut keuntungan lebih baik di pasaran luar negara berbanding pasaran tempatan.

“Namun, kerajaan tiada pilihan dan harus mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Menurutnya, walaupun penternak dan peniaga ayam berhak mendapat keuntungan lebih, tetapi dengan situasi sekarang mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini terlebih dahulu.-SH

‘Tak Mustahil Kartel Ayam Cari Jalan Belakang’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker