Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior

Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak dari sebuah pusat tahfiz di sini mendakwa diliwat oleh pelajar senior sejak beberapa tahun lalu.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Lina 30-an berkata, kejadian itu tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga sebelum ini berikutan anak sulung dari tiga beradik berusia 13 tahun itu bimbang dan takut dengan ugutan akan dipukul.

“Pada Rabu, saya dimaklumkan oleh kakak ipar bahawa anak melarikan diri dari tempat pengajian tahfiz di sini.

“Apabila saya bertanyakan anak kenapa buat demikian, dia maklumkan tidak tahan kerana telah diliwat pelajar senior sejak tahun 2020.

“Anak juga mendakwa dua lagi rakan turut dibuli senior menyebabkan mereka melarikan diri,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa.

“Kita sedang menunggu arahan seterusnya bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.-SH

Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker