Omongan kosong Mahathir
Omong kosong Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyatakan memiliki banyak pelan untuk membantu orang Melayu terutamanya mereka yang dibelenggu kemiskinan ketika menjawat jawatan berkenaan buat kali kedua.
Dakwa Mahathir, belum sempat rancangan itu dapat dilaksanakan, beliau sudah dibuang daripada jawatan Perdana Menteri.
Katanya lagi, beliau sering mencari jalan bagi mengurangkan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
Mahathir sebelum itu mempunyai masa selama 22 tahun untuk memajukan orang Melayu. Masa yang diberikan pada ketika itu amat panjang.
Dalam tempoh 22 tahun, banyak pelan boleh dirangka dan dilaksanakan untuk orang Melayu. Tidak perlu tunggu menjadi Perdana Menteri kali kedua.
Beliau juga sering menyerang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyindir bangsa sendiri. Adakah beliau betul-betul memperjuangkan hak istimewa dan membela orang Melayu?
Adakah sindiran seperti ‘ Melayu mudah lupa’ dan ‘malas’ itu boleh memberi kesan positif kepada orang Melayu?
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604156/melayu-perlu-berubah-dr-mahathir
Mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri kali kedua, pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menghina graduan Melayu yang bekerja sebagai pemandu Grab dan menjual nasi lemak.
Hinakah menjual nasi lemak dan membawa Grab? Anak Melayu yang menceburi bidang e-hailing mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding mereka yang bekerja dalam kebanyakan sektor profesional.
Bayangkan, pekerjaan Grab yang dihina oleh Mahathir mampu diraih oleh mereka sehingga RM7,000 sebulan. Kalau diikutkan, hendak mencapai tahap gaji seperti itu dalam bidang e-hailing, memerlukan komitmen yang tinggi serta terpaksa meredah perjalanan jauh dan berpanas terik.
Di manakah ‘hina’ pekerjaan tersebut? Masih ‘malas’ lagikah anak Melayu?
Sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri, orang Melayu dibenarkan membuka ladang dan bercucuk tanam.
Namun semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir gagal mewujudkan polisi yang membantu orang Melayu.
Dasar Penswastaan yang dilaksanakan pada 1983 bukan sahaja mengetepikan terus orang Melayu tetapi juga menguntungkan kroninya sendirinya.
Tidak perlu sebut siapa kroninya, anda sendiri tahu.
Malahan, Dasar Penswastaan sebenarnya bukanlah jalan terbaik untuk menambahbaik ekonomi negara, masalahnya menyukarkan lagi usaha pembangunan negara.
Hal ini kerana pihak swasta tidak memikirkan tentang kepentingan terhadap negara, sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan.
Sumber: https://theoutlook.asia/dasar-penswastaan-bukan-solusi-penambahbaikan-perkhidmatan-awam/
Mahathir juga lebih fokus untuk ‘mencipta’ pelbagai skandal yang tercetus semasa zaman pemerintahan.
Skandal Forex pada tahun 1993 -1994 di mana Bank Negara telah rugi berbilion ringgit; skandal Perwaja Steel yang mengalami kerugian sebanyak RM15 bilion dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 1982 dan menyebabkan seorang wartawan Malaysia dibunuh di Hong Kong semasa menjalani siasatan terhadap skandal itu.
Semua itu berlaku selama era pemerintahannya selama 22 tahun. Mungkin beliau sibuk focus projek sedemikian sehingga lupa tentang usaha memajukan orang Melayu.
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/
Jika benar Mahathir mahu memajukan orang Melayu, mengapa ditentang projek yang membawa manfaat kepada orang ramai seperti Forest City di Johor?
Projek itu telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.
Bukankah projek-projek seumpama itu memberi peluang khususnya kepada anak-anak Melayu yang mungkin ramai menganggur sebelum itu?
Orang Melayu bukan pemalas seperti dikatakan oleh Mahathir, malah anak-anak muda Melayu semakin ramai menceburi pelbagai bidang di Malaysia.
Generasi Melayu kini banyak meneroka peluang-peluang baharu seperti melakukan kandungan YouTube untuk menjana pendapatan. Untuk menjana pendapatan melalui YouTube juga bukan mudah, perlu memerah otak setiap hari memikirkan kandungan yang menarik untuk ditonton.
Maka, istilah Melayu malas tidak relevan diungkapkan ketika ini. Zaman sudah berubah, sudah tiba masa Mahathir ambil pendekatan mendiamkan diri dan melihat sendiri kemajuan orang Melayu.
Muhammad Nabil bin Hakim
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?
You must be logged in to post a comment.