Hasil menyamar jadi rakyat biasa, MB Johor panggil Pengarah Imigresen untuk selesai isu rakyat

PENDEKATAN turun padang dan rasai sendiri denyut nadi rakyat di lapangan yang kini menjadi gaya politik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, tindakan beliau yang sebelum ini menyamar sebagai orang awam menaiki bas untuk melihat dengan sendiri proses memasuki Singapura dari bandar raya Johor Bahru, pada Jumaat lalu memberi kejutan kepada rakyat.

Malah terbaharu pada Isnin, beliau turun dan melihat sendiri keadaan di Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru.



Katanya, keperitan orang ramai yang terpaksa berpanas kerana beratur panjang untuk berurusan dengan jabatan berkenaan akan diperhalusi bagi memudahkan mereka.

“Keadaan di Imigresen Setia Tropika setiap pagi semenjak 1 Mei 2022. Keadaan ini tidak boleh berlarutan lagi,” katanya di Facebook.

Susulan itu, beliau turut mengarahkan Pengarah Imigresen Johor untuk berjumpa dengannya dalam usaha untuk mengatasi kesulitan orang ramai berurusan dengan Jabatan Imigresen Johor.

Pembawaan Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu dilihat ternyata memberi nilai tambah kepada ahli politik muda itu.



Mesej yang ingin disampaikannya adalah mudah, sebagai pemimpin beliau perlu memahami denyut nadi rakyat, dan ternyata mesej tersirat yang ingin beliau sampaikan itu diterima majoriti rakyat.

“Macam ini baru betul. Ada baiknya diberi peranan orang muda untuk jawatan Menteri Besar dan exco-exco di Johor. Kerja sangat pantas dan bertenaga. Terbaik Dato MBJ,” komen seorang netizen, Hakim di Facebook, sebagai maklum balas tindakan agresif Onn Hafiz.

Dalam pada itu menurut Mohd Asri Ahad, Onn Hafiz telah mencontohi kebanyakan pemimpin daripada negara maju.

“Trend sekarang YB kena macam ni..turun padang tengok sendiri masalah yang rakyat hadapi semasa berurusan dengan pihak kerajaan.Banyak presiden negara maju bersikap sebegini. Utamakan rakyat, minta exco-exco dan pegawai kerajaan yang lain juga pantau semua jabatan kerajaan dalam Negeri Johor,” katanya di Facebook.



Itulah antara maklum balas yang warga maya berikan di Facebook Onn Hafiz, tatkala melihat perkongsian beliau bekerja di lapangan, rata-rata memberi galakan malah ada jua yang memuji langkah Menteri Besar Ke-19 Johor berkenaan.

Maka tidak hairanlah perkongsian beliau itu menarik ribuan tanda suka dan komentar yang setuju tentang sinergi kerja beliau, yang dilihat ‘lain daripada yang lain’.

Dalam pada itu, menelusuri gerak gaya politik Onn Hafiz ini, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan pendekatan pemimpin yang turun padang bagi merasai sendiri denyut nadi rakyat bukanlah sesuatu pendekatan baharu dalam politik, pendekatan itu disifatkannya sebagai mesra politik yang dikenali sebagai politik komunikasi.

“Ia merupakan pendekatan mendengar sendiri keluhan pihak bawahan, serta untuk melihat sendiri situasi tersebut, iaitu dia mendengar kemudian dia merasai sendiri, ini merupakan kaedah yang biasa diamalkan oleh orang politik, lebih-lebih lagi beliau sebagai Menteri Besar yang kita tahu bukanlah calon yang dicadangkan oleh pihak parti, jadi dia kena buat sesuatu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.



Maka boleh difahami bahawa politik turun padang ini perlu disusuli dengan tindakan, bukan dilihat hanya wayang untuk pemimpin meraih populariti politik semata-mata.

Permulaan yang baik yang dimulakan oleh Onn Hafiz ini, perlu dikekalkan olehnya, selain tindakan susulan selepas sesuatu aktiviti turun padang dilakukan, bagi membuktikan beliau seorang pemimpin yang benar-benar menyayangi rakyat.

Tindakan turun padang ini juga diharap dapat menjadi contoh kepada pemimpin lain, agar mengutamakan denyut nadi rakyat, dengan turun dan melihat melalui mata sendiri masalah yang dialami rakyat di bawah sana.

Jangan jadi seperti segelintir pemimpin yang hanya ‘syok’ berada di kerusi empuk sebaliknya tidak mengetahui kesusahan rakyat. Sekurang-kurangnya dengan turun sendiri, pemimpin akan lebih memahami apa yang berlaku, lagi pun rakyat akan rasa lebih dihargai dengan kehadiran mereka.



* Muhammad Shamsul Abd Ghani ialah Wartawan Sinar Harian

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker