Beratur 30 minit demi seekor ayam

KUANTAN: Demi mendapatkan seekor ayam, pelanggan perlu beratur sehingga lebih 30 minit.

Itu terpaksa dilalui pelanggan di Pasar Besar Kuantan di sini, berikutan masalah kekurangan bekalan ayam segar yang meruncing di pasaran ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Razanah Abu Osman, 53, berkata, mahu tidak mahu, dia terpaksa gigih beratur kerana memerlukan ayam mentah untuk kegunaan harian sedangkan ramai mahu membelinya.

“Malah jika harga melambung tinggi pun pembelian ayam tetap juga diteruskan. Walaupun susah mendapatkannya kita terpaksa berdepan masalah ini.

“Cuma diharap pihak kerajaan membuat tindakan sewajarnya dalam menyelesaikannya supaya tidak berlarutan,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati, rata-rata peniaga ayam mengalami kesukaran bukan sahaja untuk penjualan kepada pembeli harian malah lebih tertekan berdepan peniaga makanan.

Peniaga ayam, Azizah Omar, 34, berkata, sejak kelmarin dia berdepan dengan masalah kekurangan ayam dan terpaksa membuat catuan bagi membolehkan semua pelanggannya mendapatkan bekalan.

“Kebiasaannya pada hari minggu, pengguna ramai datang ke pasar membeli ayam dan saya boleh jual sehingga 200 ekor namun kali ini agak sedih kerana terpaksa menutup kedai.

“Memandangkan bekalan ayam yang kita dapat kurang daripada jumlahnya, saya hanya menyediakan bekalan ayam kepada peniaga kedai makanan yang sudah membuat tempatan awal di belakang pasar ini.

“Saya terpaksa mencatu 180 ekor ayam yang ada kepada beberapa peniaga kedai makan. Mana yang memerlukan 16 ekor dikurangkan kepada enam ekor manakala pembeli 50 ekor kita boleh bagi antara 10 ke 15 ekor sahaja,” katanya.

Seorang lagi peniaga ayam segar, Mohamad Abdullah, 43, berkata, kekurangan bekalan ayam kerap berlaku namun kali ini dilihat lebih serius.

“Lazimnya apabila berlaku perkara seperti ini, saya mengambil tempahan segera bagi mendapatkan kuantiti yang betul-betul diperlukan.

“Kalau boleh saya nak jual kepada semua pembeli namun dalam keadaan ini lebih memberi keutamaan kepada sekolah, pusat asuhan, tadika dan kedai-kedai makan kerana penggunaan ayam lebih penting dalam urusan mereka,” katanya.

Pengusaha kedai makan, Hafiz Mohd. Anas, 37, ketika ditemui pula berkata, catuan yang dibuat oleh peniaga ayam memberi kesan kepada operasi perniagaannya.

Katanya, hampir kesemua menu daripada hidangan makan pagi hingga masakan panas di sebelah malam melibatkan bahan mentah ayam.

“Sukar bagi saya untuk menjual menu-menu yang ada jika bahan tidak mencukupi kerana ia melibatkan harga hidangan. Ada pelanggan yang faham dengan isu semasa namun ada juga buat-buat tidak faham.

“Saya cuba juga mendapatkan bekalan ayam segar hampir di seluruh Kuantan dan tidak hanya tertumpu di Pasar Besar sahaja tetapi semuanya mengalami nasib yang sama.

“Buat masa ini, kedai saya masih boleh bertahan namun jika kritikal terpaksa juga ditutup buat sementara waktu. Kita juga cuba ubah kepada bahan alternatif lain walaupun permintaannya kurang,” katanya yang menjual hidangan nasi lemak ayam di sini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker