Kasut ‘Buruk Dan Lusuh’ Balenciaga Ditawarkan Pada Harga RM8,119

 

 

Kasut ‘Buruk Dan Lusuh’ Balenciaga Ditawarkan Pada Harga RM8,119

PARIS – Sepasang kasut jenama Balenciaga yang sangat lusuh mendapat perhatian di internet kerana ditawarkan pada harga yang sangat tinggi, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Kasut itu ditawarkan di laman web Balenciaga dalam warna putih atau hitam pada harga AS$1,850 (RM8,119) sepasang.

Ia direka untuk kelihatan se­perti kotor dan lusuh, manakala perkataan ‘Balenciaga’ tertera pada sisinya dengan gaya tulisan tangan menggunakan pen.

“Kasut ini dihasilkan menggunakan kanvas lusuh dan bahagian sisi yang kasar untuk menonjolkan rupa yang lebih buruk,” kata laman web itu.

Kasut-kasut tersebut akan dijual dalam lelongan secara online di seluruh dunia terma­suk Eropah, Amerika dan Asia Barat.

Koleksi tersebut juga akan diperkenalkan di Jepun secara online ada 23 Mei ini menjelang pelancaran koleksi itu di seluruh dunia.

Kasut ‘Buruk Dan Lusuh’ Balenciaga Ditawarkan Pada Harga RM8,119

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker