Strok Haba Di India: Burung ‘Jatuh’ Ke Tanah Keletihan

Strok Haba Di India: Burung ‘Jatuh’ Ke Tanah Keletihan

NEW DELHI: Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung ‘jatuh’ ke tanah akibat “keletihan dan strok haba.”

Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.

Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah yang paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.

Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung. Jumlah itu meningkat kepada 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini.

Suhu di kebanyakan kawasan kekal melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).

Keadaan sama turut berlaku di negeri lain termasuk Rajasthan dan New Delhi.

Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, Rajasthan Raj Kishore berkata burung menghadapi banyak kesukaran, termasuk dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung. Anadolu Agency

Strok Haba Di India: Burung ‘Jatuh’ Ke Tanah Keletihan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker