Covid-19: 6387 kes baharu hari ini

Covid-19: 6387 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 6,387 kes Covid-19.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif jangkitan kini 785,039 kes.



Kali terakhir bawah 6,000 ialah pada 28 Jun dengan 5,218 kes.

Hari ini juga seperti mana sebelum-sebelumnya, Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan lebih separuh daripada kes harian yang dikesan.

Tertinggi, Selangor dengan 2,610 kes manakala Kuala Lumpur (819 kes).



Angka penularan hari ini di dua negeri itu juga satu peningkatan berbanding semalam yang mana Selangor melaporkan 2,262 kes dan Kuala Lumpur (616 kes).

Ketiga tertinggi sekali lagi dilaporkan di Negeri Sembilan yang mencatatkan 523 kes.

Ini diikuti Sarawak (424 kes) dan Johor (324).

Baca artikel berkaitan: 6,045 kes baharu, Selangor turun, Perak meningkat



Saring 138, 127 positif, turut dikesan kluster libat staf stesen minyak

Daripada lima negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara hari ini, Pahang mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 312 kes berbanding 95 kes semalam.

Ini diikuti Perak dengan 249 kes – turun berbanding 384 kes semalam, Kelantan (114 kes), Terengganu (17) dan Perlis sifar kes baharu.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.



Sehingga 5 Julai 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,387 kes (785,039 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,610 (262,462)
WPKL – 819 (81,354)
Johor – 324 (72,849)
Sabah – 263 (70,720)
Sarawak – 424 (66,985)
Negeri Sembilan – 523 (47,931)
Pulau Pinang – 157 (35,492)
Kelantan – 114 (35,375)
Perak – 249 (27,693)
Kedah – 273 (26,526)
Melaka – 206 (19,769)
Pahang – 312 (14,797)
Terengganu – 17 (11,417)
WP Labuan – 71 (8,683)
WP Putrajaya – 25 (2,389)
Perlis – 0 (597)

Covid-19: 6387 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker