Timbalan menteri ditegur tak bersedia di Dewan Rakyat

Lim Hui Ying tidak menjawab pertanyaan Ahli Parlimen mengenai makanan di sekolah ketika sesi pertanyaan menteri.

Timbalan menteri ditegur tak bersedia di Dewan Rakyat

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying ditegur kerana gagal menyediakan jawapan ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

“Ini tidak baik. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Timbalan Speaker Ramli Nor kepada Lim.



“Saya harap kerajaan ambil perhatian terhadap perkara ini.”

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan bantahan ketika Lim memberitahu Dewan Rakyat, beliau belum menyediakan jawapan kepada soalan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa).

Sebelum itu, Ahmad bertanya rancangan Kementerian Pendidikan untuk memastikan pelajar mendapat makanan berkhasiat di sekolah.

Lim memohon maaf dan berkata dia tidak akan mengulangi kesilapannya. FMT



Timbalan menteri ditegur tak bersedia di Dewan Rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?



Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker