Rasuah rumah urut, bekas Ketua Polis Balai Polis didapati bersalah

SHAH ALAM – “Sama ada perangkap atau tidak, kenapa terima! Kamu boleh tolak,”

Demikian kata Hakim Rozilah Salleh sebelum menjatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM5,000 kepada seorang bekas Ketua Polis Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, Sarjan Mohamed Azli Adam, 58, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mohamed Azli yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah menerima RM300 itu juga berdepan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.



Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman itu dengan bersyarat iaitu notis rayuan harus dilakukan hari ini dengan jaminan ditingkatkan kepada RM5,000 daripada RM3,500 sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rozilah dalam penghakimannya menjelaskan adalah tidak wajar bagi tertuduh menerima suapan yang bukan haknya.

“Kamu sebagai penjawat awam kena tolak, kenapa tidak melakukan sebegitu. Tidak kira RM10,000, RM1,000, RM100, RM30 atau 50 sen. Jangan salahkan orang yang memberi. Harap insaf,” tegasnya.

Mohamed Azli didakwa sebagai Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi menerima wang tunai RM300 daripada seorang individu berusia 43 tahun di balai tersebut pada 14 Mac 2016.



Individu yang memberikan wang tersebut difahamkan adalah pemilik premis urut JJ Harmony Spa.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin mewakili tertuduh memohon hukuman kerja kebajikan susulan tertuduh yang telah berkhidmat selama 35 tahun kini telah digantung tugas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Gaji diterima anak guam saya ketika ini adalah RM1,600 berbanding RM3,700 sebelum digantung tugas. Wang itu tersebut digunakan bagi menampung isteri dan empat anaknya selain dia ketika ini terpaksa bekerja sebagai buruh binaan dan pembersihan,” ujarnya.



Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Aliff Shaharuzaman menegaskan mahkamah tidak seharusnya bertolak ansur terhadap jenayah rasuah ini.

“Adalah dihujahkan bahawa apabila kesalahan tertuduh telah berjaya dibuktikan, mahkamah tidak perlu lagi menunjukkan simpati terhadap mitigasi seperti kesusahan keluarga, kerjaya tamat dan lain-lain lagi,” katanya.

Dalam prosiding perbicaraan yang bermula sejak 2020 itu, seramai 18 saksi pendakwaan dikemukakan manakala pembelaan menerusi keterangan tertuduh di kandang saksi.-KOSMO!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker