Kereta Terbang Bukti Kebodohan Ketara Menteri PH

Oleh Nurul Aisyah

ZAMAN pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan(PH) selama 22 bulan merupakan zaman kegelapan rakyat Malaysia atau lebih tepat “National Embarrassment” yang terus menghantui kita.

Para menteri yang dilantik ketika itu telah memalukan kita dengan kebodohan-kebodohan mereka yang tidak masuk akal. Salah satu contoh “National Embarrassment”, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof sibuk dengan projek mobiliti udara super drone atau lebih dikenali sebagai “kereta terbang” yang membazirkan duit rakyat.

Projek kereta terbang tersebut telah dibuat tanpa penyelidikan yang sepatutnya. Pelapor khas PBB, Prof Philip Ashton mengkritik projek tersebut sebagai suatu pembaziran.

a flying car would not be practical in Malaysia where there are frequent storms, adding that it will also consume too much fossil fuels.- UN special rapporteur Professor Phillip Alston

Menurut Prof Philip, negara ini terdedah kepada banyak cuaca ribut dan oleh yang demikian ia tidak praktikal untuk dilaksanakan. Malah, kalau dilaksanakan, tambah beliau, ia banyak menggunakan bahan bakar fosil.

Disebabkan keegoan dan kesombongan menteri PH ini, beliau tetap meneruskan projek kereta terbang tersebut walaupun ianya tidak sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita.

“Komen mereka (PBB) mungkin memberi kesan kepada pendapat orang ramai tetapi mereka sepatutnya lebih baik meneruskan kerja yang mereka tahu sahaja.

“PBB sebaiknya tidak perlu terlibat dalam ‘perniagaan’ negara ini,” kata Mohd Redzuan.

Adakah ini jawapan yang sepatutnya apabila menteri PH ditegur berkenaan projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan?

Malah menurut beberapa sumber, projek kereta terbang ini menelan belanja RM 20 juta walaupun Redzuan menegaskan yang projek tersebut tidak menggunakan dana rakyat.

Projek kereta terbang ini mendapat kritikan ramai pihak. Mereka berpendapat projek ini sepatutnya berskala peribadi dan bukannya dijadikan sebagai projek negara.

Lebih 99 peratus rakyat negara ini tidak bersetuju dengan projek kereta terbang tersebut. Menurut sumber, kereta terbang yang cuba diperkenalkan itu pula bukanlah kereta terbang dalam erti kata sebenar, tetapi hanya dron yang diambil daripada China.

Mereka melihat bagaimana negara China yang lebih maju pun belum ada kereta terbang, tetapi Menteri Pembangunan Usahawan PH menegaskan kononnya kereta terbang tersebut boleh memendekkan perjalanan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan hanya memakan masa selama dua jam.

Apabila kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan berkuasa maka projek kereta terbang tersebut bukan lagi agenda utama.

Pada majlis kutipan derma DAP di Petaling Jaya baru-baru ini Tony Pua mendakwa Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua.

Tony Pua ini seolah-olah hilang ingatan bagaimana Menteri-menteri PH mentadbir negara selama 22 bulan. Benarkah beliau lupa bagaimana Menteri PH sibuk dengan projek “kereta terbang” yang membazirkan duit rakyat dan tidak sesuai dengan cuaca Malaysia yang terdedah kepada ribut.

Sekadar peringatan kepada Tony Pua, Menteri-menteri “bodoh” dan menjadi “National Embarrassment” itu kebanyakkannya wujud ketika PH memerintah negara selama 22 bulan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker