Zahidi bela Tajuddin



Kritikan demi kritikan yang diterima Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia adalah perkara biasa, kata ahli Majlis Tertinggi umno Zahidi Zainul Abidin.

Mempertahankan pelantikan itu, Zahidi berkata ia sesuatu yang wajar dengan mengambil kira kedudukan Tajuddin sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

“Kita lantik siapa pun akan ada kritikan dan pujian, itu biasalah. Lagi pun lantikan ini cadangan perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan dipersetujui Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Satu lagi, Tajuddin adalah pengerusi BBC jadi sesuailah dia dilantik ke mana-mana jawatan.

“Untuk jalankan tugas sebagai pengerusi BBC dia mesti berjawatan. Mana mungkin dia nak buat kerja (sebagai pengerusi), dengan soal peruntukan dan sebagainya,” katanya kepada Malaysiakini.




Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian ketika mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap palantikan Tajuddin sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia.

Pelantikan itu sudah diperkatakan sebelum ini tetapi hanya disahkan Tajuddin dua hari lalu.

Selain mengembalikan amalan melantik ahli politik sebagai duta berbanding pegawai awam, pelantikan itu juga dikecam ekoran Tajuddin yang sentiasa mengundang kontroversi, misalnya kenyataannya susulan insiden pertembungan dua tren LRT pada tahun lalu sehingga dia disingkirkan daripada jawatan pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.

Mengulas lanjut perkara itu, Zahidi berkata semua pihak ada tanggapan masing-masing dan mereka bebas untuk setuju atau tidak setuju dengan pelantikan itu.

“Cumanya, kalau tak mahu lantik dia sebagai duta besar mungkin kena lantik dia sebagai timbalan perdana menteri atau menterilah,” katanya berseloroh.




Katanya lagi, pelik apabila ada ahli biasa BBC yang memegang jawatan pengerusi di mana-mana entiti tetapi pengerusinya tidak berjawatan.

“Nak lantik dia dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLC tak terima, nak lantik timbalan menteri pun orang tak terima. Jadi nak lantik dia sebagai apa?” soalnya lagi.

Zahidi bela Tajuddin

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.