Mansuh AP bahan makanan untuk perangi kartel, bukan langkah tergesa-gesa

Mansuh AP bahan makanan untuk perangi kartel, bukan langkah tergesa-gesa

Pemansuhan Permit Import (AP) bagi bahan makanan sedikit sebanyak membantu mengurus cabaran dalam melonggarkan cengkaman kartel.

Langkah itu juga membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan mengakses sumber pasaran luar alternatif bagi memastikan negara terhindar dari terputusnya stok bahan mentah makanan.



Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan berkata, selain faktor global yang menjadi punca terbesar, ternyata antara sebab tempatan yang perlu dan boleh ditangani ialah soal kartel yang mengawal pasaran.

“Inilah sebab pemansuhan AP dilakukan, selain dapat membantu mengurus segala cabaran bagi melonggarkan cengkaman kartel, ia membolehkan sesiapa sahaja mengakses sumber pasaran luar alternatif.

“Langkah yang diambil ini adalah untuk mengekang daripada terputusnya bekalan bahan mentah makanan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyifatkan langkah kerajaan memansuhkan AP untuk bahan makanan dibuat tergesa-gesa dan mendedahkan pihak tertentu dalam negara dengan risiko kerugian.



Bekas Menteri Pertanian itu berkata, sebelum langkah itu diambil, kerajaan sepatutnya mewujudkan jawatankuasa khas yang membabitkan pelbagai kementerian untuk menjalankan kajian.

Menurut Shahril Sufian, jawatankuasa yang dicadangkan Ahli Parlimen Pulai itu sudah ada iaitu Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jelas beliau, NACCOL membincang dan melaporkan maklumat terkini termasuk berkenaan isu kenaikan harga barang makanan, punca dan langkah yang boleh diambil.

Katanya, jika benar Salahuddin mahukan harga barang terkawal dan memperjuangkan sekuriti makanan, beliau seharusnya menyokong usaha kerajaan, bukan melabelnya sebagai populis atau tergesa-gesa.



“Jauh sekali untuk menambah satu lagi jawatankuasa mengkaji perkara sama kerana tidak berani bertindak,” katanya.

Faktor lain yang mendorong kerajaan memansuhkan AP itu ujar beliau ialah masalah inflasi makanan.

“Maka, apa sahaja langkah yang mampu membantu ke arah itu, selagi tidak memberi kesan buruk jangka panjang yang lain, wajar dilaksanakan.

“Begitu juga dengan isu kedaulatan makanan yang merupakan isu teras yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.



“Kerajaan bukan hanya melaksana satu langkah seperti pemansuhan AP dan Perdana Menteri pun tidak pernah mendakwa ia dengan sendirinya boleh menyelesaikan semua cabaran yang sedang dihadapi,” katanya.

Namun, katanya, pengumuman itu berdiri di samping pelbagai lagi dasar dan bantuan yang perlu terus dilaksana serta diperbaharui bagi menjamin bekalan makanan, termasuk membela pengusaha tempatan supaya keluaran dalam negara dapat dirancakkan.

Malah, selain pelbagai subsidi dan kawalan harga yang pernah diumumkan sebelum ini, semalam juga, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan RM200 selama enam bulan untuk pesawah.

“Sekali lagi ditegaskan, isu yang membelenggui seluruh dunia ialah kenaikan harga makanan. Setiap negara akan perlu bertindak dengan kaedah masing-masing untuk meminimumkan impak.



“Ke arah itu, langkah terbaru kerajaan wajar dilihat dari kanta positif sebagai tindakan tegas cuba melaksanakan segala langkah yang mampu untuk responsif kepada situasi semasa,” katanya. MG

Mansuh AP bahan makanan untuk perangi kartel, bukan langkah tergesa-gesa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker