Ucapan hasutan, Kit Siang takut setelah didedahkan oleh Najib



Veteran DAP Lim Kit Siang baru tersedar bahaya tulisannya sebelum ini menunjukkan seolah-olah beliau menyokong keganasan dalam membuat perbandingan antara Malaysia dan Sri Lanka, yang dilanda kekacauan baru-baru ini.

Ia selepas Najib Razak mendedahkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menghasut orang ramai dengan mempersoalkan sama ada Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka, dan bekas perdana menteri itu menggesa polis menahan Lim.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menegaskan beliau hanya memberi amaran bahawa Malaysia harus belajar daripada pengalaman berterusan di negara jiran dan mengelakkan keadaan politik serta sosio-ekonominya daripada merosot.

Menurutnya, beliau juga telah menukar tajuk kenyataan berkenaan yang pada mulanya bertulis “Adakah rumah perdana menteri dan menteri Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?”, selepas dinasihatkan oleh setiausaha politiknya.

“Saya tidak membantah untuk menukar tajuk itu kerana niat saya bukanlah untuk mencetuskan apa-apa pergolakan, sebaliknya hanya untuk memberikan amaran mengenai bahaya apabila suasana politik dan sosioekonomi dibiarkan merosot sehingga menjadi sebuah negara yang gagal seperti yang berlaku di Sri Lanka.




Semalam, Najib berkata Lim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu, sebalikya menikmati kehidupan sebagai seorang pesara. Namun Lim memberitahu Ahli Parlimen Pekan itu dia telah bersara daripada “persaingan politik”, dan bukan politik secara keseluruhannya.

Awal bulan ini, kediaman beberapa wakil rakyat daripada parti pemerintah Sri Lanka dibakar oleh penunjuk perasaan anti kerajaan.

Seorang ahli Parlimen daripada parti pemerintah juga terbunuh dalam protes ganas itu yang memaksa Mahinda Rajapaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.