Filem Mat Kilau : ‘Siap Selepas 15 tahun’ Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini [VIDEO]



Filem Mat Kilau : ‘Siap Selepas 15 tahun’ Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini [VIDEO]

‘KEBANGKITAN PAHLAWAN’

Bukan sedikit cabaran dihadapi dalam merealisasikan projek pembikinan filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, sejak kali pertama diumumkan pada 2007.

Berdepan pelbagai cabaran dan halangan sebaik penggambaran peringkat awal filem biografi epik itu bermula pada 2014 sebelum terhenti hingga bertukar pengarah, Mat Kilau di bawah garapan Syamsul Yusof, akhirnya menemui penonton di pawagam tempatan mulai 23 Jun depan.

SEPERTI pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah prolifik, Syamsul Yusof.

Mengimbas kembali, penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara mendapatkan khidmat Syamsul yang menggarap semula jalan cerita asal dan memulakan penggambaran pada 2017.




Teruja berkongsi perkembangan terkini membabitkan filem garapannya, Syamsul menghebahkan butiran mengenai tayangan Mat Kilau di pawagam melalui hantaran Instagram (IG).

VIDEO DIBAWAH:-

“Insya-Allah, filem Mat Kilau akan menemui penonton di 90 pawagam di seluruh negara. Terima kasih kepada yang menyokong dan setia menanti kehadiran filem ini,” katanya.

Filem itu mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kilau dan diubah mengikut kesesuaian, bukan sepenuhnya kisah benar membabitkan pahlawan itu.

 

Syamsul yang mengambil alih projek filem Mat Kilau menggarap semula jalan cerita dan memulakan penggambaran pada 2017 sehingga selesai.

Sementara itu, penerbit, Shahruddin Dali, berkata pihaknya berharap filem Mat Kilau dapat menghiburkan penonton.

“Filem arahan Syamsul ini akan membawa kita kembali ke zaman itu dengan merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” katanya.

Shahruddin berkata, apa yang dipaparkan bertujuan berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan Melayu dalam menyelamatkan tanah air kepada generasi sekarang.




Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang, termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Shahruddin berkata, filem Mat Kilau menyingkap kisah pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat lain dalam menentang penjajahan British.

Filem Mat Kilau dibikin dalam suasana 1892 ketika kolonial British menduduki tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadapan British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan menyebabkan British mengalami tekanan dan kerugian hingga berlakunya pertempuran sengit.




Turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan yang memegang watak Haji Muhammad, Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh),

Namron (Haji Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (ibu Yassin)

Menampilkan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.-BH/KO

Filem Mat Kilau : ‘Siap Selepas 15 tahun’ Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.