Aeril Zafrel kena kecam, dakwa foto sakit Kazim Elias hanya lakonan

Aeril Zafrel kena kecam, dakwa foto sakit Kazim Elias hanya lakonan

TINDAKAN pelakon Aeril Zafrel mempersoalkan kesahihan gambar yang dikongsi penceramah terkenal, Datuk Kazim Elias menerima padah apabila dia teruk dihentam netizen.

Sedar kesilapannya yang tidak sensitif dengan situasi yang dialami Ustaz Kazim, Aeril lantas membuat permohonan maaf.

“Tadi ada tanya Ustaz Kazim Elias sebab tangan dia tu. Iya, memang saya tahu ustaz tengah sakit kena buatan orang sekarang ini.

“Tapi gambar yang ustaz muat naik berdasarkan pemerhatian saya nampak kesan solekan.

“Tapi itulah, orang kita ini pun, saya tanya sahaja dan berbakul-bakul kena maki,” tulis Aeril menerusi satu hantaran status dalam Facebook.

Sebelum ini, Aeril yang juga suami usahawan dan pelakon Wawa Zainal itu mengundang kemarahan netizen apabila meninggalkan komen berbaur sindiran dalam ruangan komen Facebook rasmi penceramah bebas terbabit.

“Shooting kan ni ustaz?,” tulis Aeril dalam komen Facebook Ustaz Kazim.

Namun, netizen yang ‘panas’ dengan komen yang kurang ‘bijak’ tersebut telah membalas di ruangan yang sama.

“Bukan, ini buatan hasad dengki orang terhadap ustaz. Kau ingat semua benda nak buat TikTok ke,” tulis seorang pengikut ustaz Kazim di Facebooknya.

Enggan membiarkan situasi tegang itu berlarutan, Aeril kemudian memohon orang ramai mendoakan kesihatan Ustaz Kazim agar kembali sembuh seperti biasa.

“Mari sama-sama kita doakan ustaz diberikan kesembuhan dan dijauhkan dari hasad dengki,” luahnya.

Sementara itu, Ustaz Kazim dalam satu siaran langsung (live) Facebook, menjelaskan dia sememangnya menderita penyakit misteri dan terpaksa disolek pada bahagian-bahagian tertentu tubuh, terutama apabila menerima undangan televisyen. Utv

Aeril Zafrel kena kecam, dakwa foto sakit Kazim Elias hanya lakonan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker