Satu Malaysia kecam Khuzairi, Shukri Yahaya

KEBENCIAN peminat drama tanah air kini tertumpu kepada Khuzairi, watak lakonan Shukri Yahaya dalam 7HM3.

PETALING JAYA – Bakal melabuhkan tirainya malam ini, watak Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dalam drama kegilaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 (7HMK3) ternyata  mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia.

Nama Khuzairi juga meledak dalam media sosial sejak beberapa hari lalu selain dihujani pelbagai kecaman daripada penonton drama popular tersebut.

Tidak hanya netizen dalam kalangan peminat kebanyakan, selebriti tanah air seperti Eyra Hazali dan penceramah terkenal iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah turut melontarkan rasa tidak puas hati dengan perilaku Khuzairi dalam drama berkenaan.

“Siapa budak nama Khuzairi Samad ini? Tok Abah rasa, dia kena masuk Program Motivasi Rumahtangga Tok Abahlah lepas ni.

“Tok Abah dengar kuasa Twitter ini hebat. Bantu cari budak nama Khuzairi, Tok Abah nak kuliahkan dia. Tok Abah syak dia tidak hadiri kursus kahwin,” ciapnya Fadzilah Kamsah berseloroh dalam Twitter.

Sementara, Eyra pula berseloroh agar Khuzairi berubah kepada watak Shukri agar tidak lagi dihujani kecaman.

“Sudahlah Khuzairi, jadi Shukri Yahya saja.

“Pasti satu Malaysia diam tak caci maki. Saya bagi cadangan saja,” guraunya menerusi satu ciapan Twitter.

Selain Fadzilah dan Eyra, Shukri ketika ini sememangnya menjadi tumpuan utama kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton drama 7HMK3.

“Semoga Khuzairi kena rasuk dengan Badarawuhi (watak dalam filem KKN Di Desa Penari). Geram betullah aku,” luah seorang penonton.

“Dulu semua nak suami macam Khuzairi tetapi sekarang impian tersebut sudah hancur,” komen netizen.

Lebih lucu, wajah Shukri turut disunting dalam sebuah poster yang memaparkan watak Khuzairi ditolak ke dalam gaung kerana kebencian yang membuak-buak terhadapnya.

Difahamkan, kebencian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan hamil anak Pak Samad (Kazar) sehingga sanggup menengking isterinya sendiri iaitu Mia (Siti Saleha). – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker