Budak 9 Tahun Meraung Kesakitan Kaki Tertusuk Tongkat Basikal

Budak 9 Tahun Meraung Kesakitan Kaki Tertusuk Tongkat Basikal

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 35 minit apabila kaki kirinya tertusuk tongkat basikal ketika bermain di rumahnya di Taman Mawar, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 7.54 pagi.

“Mangsa berjaya ditenangkan dengan bantuan anggota keluarga dan anggota bertindak memotong tongkat basikal berkenaan menggunakan alatan khas (rescue tools),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Mohamadul Ehsan, bomba terpaksa berhati-hati dan mengambil masa lebih 10 minit untuk memotong besi tongkat basikal itu.

Katanya, sebaik berjaya mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.-AA

Budak 9 Tahun Meraung Kesakitan Kaki Tertusuk Tongkat Basikal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker