Skuad gimrama tuai EMAS di Vietnam buat negara
HANOI – Seperti yang dijangka, skuad gimnastik berirama negara muncul juara dalam acara berpasukan pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan oleh pasukan gimmastik kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada artistik dan berirama.
Skuad negara yang dibarisi atlet terbaik seperti Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019.
Pada aksi tersebut, pasukan negara berjaya menambat hati juri selepas muncul juara dengan mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola (23.050).
Sementara itu, perak dimenangi wakil tuan rumah, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih Vietnam (37.800).
Bagi jurulatih gimnastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak-anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.
“Sudah pastinya gembira apabila berjaya mencapai sasaran dan menghadiahkan emas buat Malaysia biarpun berdepan cabaran sengit daripada pasukan lain” katanya.
Pada temasya dwitahunan edisi 2019, Malaysia muncul juara keseluruhan sukan gimnastik dengan memperoleh sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa, manakala Vietnam di tangga kedua menerusi enam emas, dua perak dan tujuh gangsa. Filipina pula di kedudukan ketiga dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.
Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.
Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimnastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan, dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.