Wanita cuba buka pintu MRT bergerak

Wanita itu dilihat beberapa kali cuba membuka pintu MRT. – Instagram

Polis sedang menyiasat insiden seorang penumpang wanita yang cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa (MRT) yang ketika itu sedang bergerak, lapor portal berita Asiaone semalam.

Berdasarkan sebuah klip video tular di media sosial, wanita itu dilihat cuba membuka pintu MRT yang melakukan perjalanan di laluan Utara-Selatan.

Beberapa penumpang lain yang berada di dalam kereta api itu kedengaran menjerit ketika kejadian supaya wanita tersebut berhenti bertindak demikian.

Sebelah pintu sempat terbuka sedikit sebelum seorang pegawai menghalang wanita tersebut.



Presiden SMRT, Lam Sheau Kai berkata, kakitangan stesen MRT dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lalu.

Katanya, kakitangan SMRT memasuki tren berkenaan untuk menyiasat, namun penumpang tersebut tidak memberi kerjasama dan berkelakuan agresif.

Mereka kemudian memanggil polis yang mengawal stesen itu.

Gambar yang dimuat naik secara online selepas kejadian itu memaparkan wanita tersebut ditahan di platform stesen Ang Mo Kio sambil dikelilingi pegawai. – AGENSI



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker