Syed Saddiq puji UMNO
SHAH ALAM – Parti-parti pembangkang perlu mencontohi ‘pembaharuan politik’ yang ditonjolkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini apabila banyak menonjolkan anak-anak muda sebagai calon parti itu.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perubahan positif yang ditunjukkan parti itu sewajarnya menjadi ikutan parti-parti sejajar lain dengan usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan muda sebagai pemimpin negara.
Ini kerana katanya, jika sesebuah parti itu tidak berusaha untuk berubah dan memberi tawaran baharu kepada rakyat, maka suatu hari nanti rakyat yang akan mengubah mereka.
“Saya ingin berikan kredit kepada UMNO, mereka banyak calonkan anak muda dan apabila menang, mereka (anak muda) juga dilantik dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Melaka dan Johor.
“Saya berasakan ini satu trend yang baik dan kita berlumba secara sihat untuk politik pembaharuan, nilai yang ingin kita bawa. Namun pelik bin ajaibnya, dahulu kita (parti pembangkang) kata UMNO ini tidak berubahlah tetapi tiba-tiba kita yang seperti tertinggal di belakang.
“Sebab itu dalam bab ini saya berharap semua parti berlumba-lumba tonjolkan yang lebih baik, bukan ‘bunuh-membunuh’ sebaliknya menunjukkan politik yang paling positif kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bersama Johan Jaaffar yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian di sini pada Rabu.
Tambahnya, masih banyak pembaharuan yang perlu dilakukan dalam sistem politik sekiranya Malaysia ingin mengikuti jejak beberapa negara seperti New Zealand, Finland, Korea Utara dan Ireland yang menonjolkan pemimpin berusia antara 30-an dan 40-an sebagai Perdana Menteri atau Presiden negara berkenaan.
“Harapan saya suatu hari nanti kita akan menuju ke sana kerana itu saya selalu ingatkan sahabat-sahabat khususnya di pihak parti politik pembangkang, jika kita tidak berubah, rakyat akan ubah kita atau parti lawan akan berubah lebih cepat,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.