Hamzah berang, Bersatu Terengganu umum calon PRU15 mendahului parti

Tindakan Bersatu Terengganu mengumumkan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disifatkan sebagai mendahului ibu pejabat, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang persetujuan secara rasmi daripada pihak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sendiri.

“Sebenarnya memang tiada apa-apa persetujuan pun daripada pihak MPT dan sebab itu saya tidak mahu membangkitkan isu sebegini,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu Hamzah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula dengan pihak terlibat untuk mengelak berlaku pertindihan kerusi.

“Ini memang perkara biasa dialami semua parti dan kadangkala ada kepimpinan di peringkat negeri yang dilihat cuba mendahului keputusan ditetapkan oleh pihak ibu pejabat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Bersatu Terengganu, Razali Idris, mengumumkan sudah menyerahkan senarai nama calon parti itu untuk persediaan PRU15.

Isnin lalu, Razali yang juga ketua Bersatu bahagian Marang mengumumkan Perikatan Nasional negeri pada dasarnya bersetuju membenarkan parti itu bertanding di dua kerusi Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai Barisan Nasional pada PRU akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker