[VIDEO] Pelawak Popular Lan Pet Pet Buat Hal Lagi

[VIDEO] Tak Serik, Pelawak Popular Lan Pet Pet Buat Hal Lagi. RAKAMAN video dipercayai pelawak Lan Pet Pet bergaduh dengan seorang lelaki tular di media sosial.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa ahli kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap pengguna jalan raya lain

Punca kejadian tidak pasti, sumber netizen mengatakan seorang pelawak terkenal serta pelakon Lan Pet Pet.



“Pelawak Popular Lan pet pet dengan gaduh memang tak boleh berpisah. Bukan je pandai buat lawak, pandai bergaduh juga,” tulis pengguna Facebook yang berkongsi klip video berkenaan

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Lan merangkul dan memukul kepala seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan sambil ditenangkan oleh beberapa orang awam lain.

Pelawak Popular itu turut memberi amaran kepada lelaki tersebut yang berbunyi, ‘hang nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’

Video itu dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan masa kejadian itu berlaku.

mStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan Lan atau nama sebenar Mazlan Ahmad ini berhubung rakaman video tersebut.



Pada April 2019, lan pet pet pernah terbabit dengan insiden mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan Lan dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pelawak berkenaan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.
Lan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dan didenda sebanyak RM2,000.-Mstar

LIKE KAMI DI FB MYKMU

VIDEO DIBAWAH:-



 

Pandai Lan didik isteri. Isteri Lan Pet Pet jadi perhatian warganet gara gara penampilan terkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker