5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan
5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan
SEKUMPULAN lima anggota polis disyaki mencuri barang kemas dan wang di dalam tabung ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Kedah, pada Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, seorang suri rumah berusia 36 tahun telah membuat laporan polis setelah mendakwa pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu mencuri seutas rantai dan gelang emas yang bernilai lebih RM8,000.
Wanita berkenaan turut mendakwa wang kertas dalam tabung milik anaknya yang dianggarkan bernilai RM700 juga lesap dan hanya tinggal syiling selain dua barang kemas terbabit.
Menurut sumber, pasukan polis yang diketuai seorang pegawai pada mulanya menyerbu rumah teres dua tingkat dihuni wanita berkenaan bersama suami dan dua anak mereka pada 1.20 pagi Sabtu lalu.
Ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur di bilik tingkat atas dan wanita berkenaan membuka pintu sebelum membawa polis yang mahu melakukan pemeriksaan terhadap suaminya.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui syabu yang dianggarkan seberat hampir empat gram dalam kotak rokok milik suami wanita terbabit sebelum lelaki itu digari di ruang tamu rumah,” katanya.
Tambah sumber itu, anggota polis kemudian menggeledah rumah yang mempunyai tiga bilik di tingkat atas rumah itu dengan masing-masing dijadikan bilik tidur, bilik menjahit dan bilik komputer.
Katanya, ketika polis menggeledah rumah dan tidak menjumpai dadah serta bahan bukti lain, wanita berkenaan sedang menyusu anaknya dalam bilik utama.
Baca juga: Syarikat sarung tangan getah, perabot diingatkan patuhi Akta 446
“Anggota polis kemudian membawa suami wanita terbabit ke IPD untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah,” katanya.
Namun, pada pukul 5 pagi hari yang sama, wanita tersebut yang memasuki bilik menjahit digeledah polis terkejut apabila mendapati barang kemas yang disimpan dalam kotak hilang manakala tabung besi milik anaknya pecah.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke IPD untuk bertanyakan mengenai barang kemas dan wang yang hilang itu namun kecewa apabila tiada sesiapa di bilik bahagian narkotik.
“Bagaimanapun, dia berjaya menghubungi seorang pegawai polis keesokannya sebelum dinasihatkan membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut mengenainya masih lagi dijalankan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan jika benar seperti didakwa kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota yang melakukan perbuatan terbabit,” katanya. E9
5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan
Baca Artikel Menarik:
- ‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi
- Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..
- Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)
- Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
- Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat
- Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi
- Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO
- 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga
- Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15?
- ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery
- Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf
- Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’
You must be logged in to post a comment.