Azmi Saat Caliph Buskers Belum Ada Perancangan Ambil Anak Angkat, Isteri Mahu Cuba Hamil Sekali Lagi
Azmi Saat Caliph Buskers Belum Ada Perancangan Ambil Anak Angkat, Isteri Mahu Cuba Hamil Sekali Lagi
VOKALIS kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat memberitahu dia dan isterinya iaitu Nazira Muhammad, 35, tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, mereka masih mempunyai peluang untuk mencuba mendapatkan zuriat sendiri
Malah, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah mencadangkan kepada Nazira untuk membuat rawatan kesuburan intrauterine insemination (IUI) namun isterinya menolak.
“Buat masa sekarang belum lagi terfikir nak ambil anak angkat. Dahulu saya pernah la tanya kepada isteri, dia kata kalau boleh tak nak la sebab kita masih berpeluang ada anak sendiri.
“Banyak juga pengalaman orang yang dah ambil anak angkat baru beberapa bulan, tiba-tiba mengandung pula. Jadi, takut nanti terbahagi kasih sayang.
“Sementara ada peluang ini, lebih baik kita cuba. Saya cakap dekat isteri kalau nak cepat, kita buat rawatan IUI. Tapi dia suruh tunggu sebab takut nanti dah buat tak menjadi, lagi kecewa,” katanya kepada mStar.
Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selpas bayi sulungnya yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.
Zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun itu menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan ibunya, Nazirah di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, Azmi memberitahu dia dan isteri pulang ke kampung di Terengganu selama tiga hari dan seterusnya ke Johor dengan menaiki kapal terbang.
Azmi menganggap suasana raya seperti kebiasaan memandangkan isterinya setiap minggu akan menziarahi pusara arwah anak sulung mereka.
“Tahun ini, beraya di Terengganu kampung isteri selama tiga hari selepas itu di kampung saya pula di Johor. Kami naik kapal terbang saja balik kampung.
“Saya rasa suasana raya sama saja sebab lagipun dah beberapa bulan arwah meninggal dunia. Tak ada kaitan dengan raya, tapi boleh kata setiap minggu nak kena pergi kubur anak… nak lepas rindu.
“Dia kata dah boleh terima kehilangan itu tapi perasaan rindu saja tak boleh nak hilang. Jadi, kena layan saja. Kami pun tak pernah rasa beraya dengan anak, jadi tak ada apa la,” ujarnya.
Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazira, seorang penjawat awam yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan pada 2011.-mSTAR
Azmi Saat Caliph Buskers Belum Ada Perancangan Ambil Anak Angkat, Isteri Mahu Cuba Hamil Sekali Lagi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi
- Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..
- Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)
- Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
- Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat
- Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi
- Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO
- 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga
- Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15?
- ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery
- Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf
- Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China
Layari Laman Facebook MYKMU.NET