Wah, Celebrate Birthday Pun……

Menonton dokumentari adalah antara kegemaran saya.  Semalam, antara menanti dokumentari tentang menangkap ketam dengan dokumentari bertajuk Buku Peraturan Diktator (setelah diterjermahkan) yang baru selesai di Discovery Channel, ada pulak segmen hari jadi seseorang selama hampir 5 minit (macam 5 jam rasanya), turut disiarkan.

Fuh, dahsyat, terperanjat kami sekeluarga dibuatnya.  Hajat nak tengok dokumentari menangkap ketam, tertangguh (selama 5 minit) begitu saja.  Walaupun hanya 5 minit, ini adalah 5 minit yang tidak mungkin diperolehi semula.

Sepanjang yang saya tahu, tidak pernah berlaku keadaan yang semacam ini, nak tengok dokumentari menangkap ketam pun, “dihiburkan” dengan selingan tentang sambutan hari jadi seseorang.  Agak-agaklah nak mengampu pun.

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selama 9 tahun lebih ini pun, saya tidak pernah melihat “bodekan” yang sedemikian rupa, atau mana-mana pemimpin terdahulu sebelum beliau juga, mungkin.  Paling tidak gambar beliau memotong kek di pejabat bersama kakitangannya sahaja.

Ia mungkin hanya berlaku sekarang – maafkan saya jika tersilap tapi ini berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan saya, orang lain saya tak tahu.

Apa pun, ia nampak agak sedikit menganggu – sekurang-kurangnya bagi saya secara peribadi.  Tak salah menyambut hari jadi sesiapa tapi bukan dengan menganggu hak individu untuk melihat rancangan yang disukainya.  Apatah lagi bercakap tentang saluran TV yang menyiarkan selingan ini, ia adalah berbayar, bukan percuma!!

Kita tak bayar untuk melihat selingan yang seumpama itu, kita bayar untuk lihat rancangan yang kita mahu.  Kalau kita tahu ada selingan macam itu, baik tutup saja TV dan baca surah Yassin sementara menunggu selingan habis, ada juga faedahnya – masalahnya tak tahu, terkejut macam itu saja.

Harap pihak yang berkenaan ambil perhatianlah sikit.  Jika tiada perubahan, mungkin akan beralih kepada Android Box atau yang semacam itu.  Sudahlah lebih murah, tiada komitmen bulanan pulak tu, paling penting, taklah hajat nak tengok dokumentari tangkap ketam terganggu dengan cerita tentang birthday orang pulak.

(p/s:  Khabarnya selingan itu masih berterusan sehingga ke hari ini, di channel yang sama)

Related Articles

One Comment

  1. Tahniah le… Faiz baru sedar tentang skill/kebolehan bodek-membodek ke? Sebelum ni tak pernah tahu ke? Di zaman pemerintahan yg lalu pun banyak berlaku. Kenalilah mana2 warlord UMNO maka kamu akan jumpalah manusia kaki bodek. Kalau orang bawah tak bodek dia, dia pula akan bodek orang atas. Hingga yg berpangkat menteri pun membodek bermati2an semata2 utk kekalkan jawatan (hingga mampos kalau boleh).

    So tak hairanlah jika syarikat membodek utk meningkatkan keuntungan. Tapi sekarang ni dah kurang mujarab, tak berleluasa macam dulu di mana dua2 pihak teringin sangat nak memberi dan menerima, untuk kesejahteraan bersama. Sekarang ni bukan bangsat UMNO saja yg memantau, tetapi kerajaan PH sendiri cuba mengelak. Lihat sajalah apa yg berlaku dalam kes tapak Bazar Ramadan Masjid India baru2 ini…

    Memang tak boleh dinafi kerajaan sekarang kerajaan baru. Terlalu banyak cobaan dan dugaan yg perlu ditepis, terlalu banyak kelemahan yg perlu dibaiki dan baiki. Sebab itulah kerajaan beri kebebasan utk ditegur dan dikritik. Tak ada isu yg nak diOSAkan.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker