Presiden baharu: Rakyat Filipina keluar mengundi hari ini

MANILA: Hari ini, rakyat Filipina keluar mengundi bagi menentukan siapa presiden negara yang baharu dengan penganalisis politik menyifatkan pilihan raya kali ini merupakan paling signifikan dalam sejarah Filipina.

Presiden Filipina yang bakal berundur, Rodrigo Duterte meninggalkan era pentadbirannya dengan reputasi ‘kurang baik’ apabila beliau dikecam hebat pelbagai pihak susulan kempen perangi dadah yang dilaksanakannya.

Kempen tersebut menyaksikan ribuan pengedar dadah ditembak mati dan kini disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Duterte turut dikritik kerana didakwa gagal menangani pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan 60,439 penduduk maut akibat virus tersebut.

Seramai 10 orang brtanding untuk merebut jawatan yang dipegang beliau, namun hanya dua yang berpeluang merasai kemenangan.

Calon yang pertama adalah Ferdinand Marcos Jr, atau lebih dikenali sebagai ‘Bongbong’ dan beliau merupakan anak kepada diktator Ferdinand Marcos yang mentadbir Filipina dari 1965 hingga 1986.

Calon kedua pula adalah Leni Robredo yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Filipina dan ketua parti pembangkang.

Pakar politik dari Universiti Filipina Diliman, Aries Arugay memberitahu Al-Jazeera, pilihan raya presiden kali ini menunjukkan ‘pertandingan antara si jahat dan si baik’.

Katanya, Duterte mewakili dinasti dan autokrasi, manakala Robredo pula memperjuangkan misi yang bertentangan iaitu integriti, tanggungjawab dan demokrasi.

 

HARI PENGUNDIAN

Dianggarkan 67.5 juta rakyat Filipina yang berusia 18 tahun ke atas layak mengundi, termasuk 1.7 juta rakyat negara ini yang tinggal di luar negara.

Pusat pengundian akan dibuka pukul 6 pagi waktu tempatan dan ditutup pukul 7 malam.

Masa pengundian dilanjutkan kerana pandemik Covid-19 yang masih belum reda, selain bagi mengelakkan orang ramai beratur panjang dan bersesak.

Sebaik sajaka pusat pengundian ditutup, kiraan undi akan dilakukan segera dan calon yang memperoleh undian paling banyak diisytihar sebagai pemenang.

Tiada pusingan kedua akan dilakukan dan nama presiden baharu akan diumumkan dalam tempoh beberapa jam dan pelantikan rasmi dilaksanakan pada Jun ini.

Rakyat Filipina juga bakal memilih naib presiden baharu yang terdiri daripada anggota Kongres, gabenor, datuk bandar dan kaunselor.

Politik boleh bertukar ganas di negara ini, terutamanya ketika masa mengundi dan berkempen.

Satu daripada kes yang berlaku adalah pada 2009, menyaksikan puluhan orang terbunuh dan mayat bergelimpangan tepi jalan.

 

PERSAINGAN SENGIT

Tinjauan pendapat mendapati Marcos Jr mendahului biarpun Robredo mengikuti rapat dan dijangka mewujudkan persaingan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

Pemimpin berusia 64 tahun itu mendapat pendidikan awal di Worth School di England dan melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau berjaya menamatkan pengajian atau sebaliknya.

Beliau kemudiannya menyertai politik pada 1980 dan dilantik menjadi Gabenor Wilayah Ilocos Norte ketika bapanya digulingkan.

Pada 2010, Marcos Jr dilantik sebagai senator dan gagal merebut jawatan naib presiden enam tahun kemudian apabila beliau dipecat oleh Robredo.

Gandingannya adalah anak perempuan Duterte, iaitu Sara Duterte-Carpio yang bertanding bagi jawatan naib presiden.

 

MERAH JAMBU ROBREDO

Menggunakan warna merah jambu sebagai identiti kempennya, Robredo yang merupakan peguam hak asasi manusia bertungkus-lumus memenangi hati rakyat Filipina.

Wanita itu bergandingan dengan Senator Francis ‘Kiko’ Pangilinan yang bertanding jawatan naib presiden.

Demokrasi merupakan titik perjuangan Robredo dan kebanyakan rakyat negara dijangka menyokong agendanya.

 

KEBIMBANGAN RAKYAT

Dalam pada itu, timbul kebimbangan dalam kalangan rakyat Filipina sekiranya Marcos Jr memenangi pilihan raya kali ini susulan sejarah diktator bapanya yang menyaksikan kesengsaraan buat rakyat negara ini.

Selain itu, timbul juga kebimbangan sekiranya Marcos Jr menolak kemenangan Robredo dan mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

Rakyat beranggapan, Marcos Jr bakal mewujudkan ‘era kuku besi lebih dahsyat’ berbanding era bapanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker