Remaja kena tinggal diselamatkan polis



Remaja kena tinggal diselamatkan polis

Polis menyelamatkan remaja lelaki yang ditinggalkan di stesen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Penguatkuasa Zon Tengah A Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak berkata, ketika ditemui pada 10 malam di lokasi itu remaja berusia 13 tahun berkenaan dalam terpinga-pinga dan ketakutan.

Katanya, ketika ditemubual polis, remaja berkenaan memberitahu dia ditinggalkan oleh jiran yang menumpangkannya.

“Dia dalam keadaan terkejut seperti tidak percaya ditinggalkan di tepi Plaza Tol Duta.




“Budak itu didapati mengikut jiran satu taman perumahannya dengan pada mulanya diberitahu untuk ke kedai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berdasarkan siasatan, katanya, lelaki itu bersama seorang wanita dari Setiawan Perak menghala Kuala Lumpur.

“Namun sampai di stesyen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta itu, penunggang motosikal berkenaan secara tiba-tiba melarikan diri tanpa sebab meninggalkan budak itu.

“Kami berjaya mengesan waris kanak-kanak itu yang berada di Taman Pelangi Setiawan, Perak.

“Sementara menunggu waris datang dari Setiawan kanak-kanak itu diserahkan kepada Balai Hartamas untuk dijaga,” katanya.




Menurutnya, demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak kira di mana berada.

Sementara itu, dalam kejadian lain, pasukan polis peronda ternampak penunggang motosikal mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di tubuh badan kanak-kanak itu di Kilometer 435.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) arah selatan, kira-kira 4 petang semalam.

“Melihat situasi itu, pasukan peronda menahan penunggang motosikal itu.

“Daripada maklumat yang diberikan oleh penunggang, kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun dan mereka dalam perjalanan ke Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihatkannya bahawa pelakuan itu boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna jalan lain.




Menurutnya, atas faktor keselamatan pasukan berkenaan mendapatkan kebenaran Komander Lebuhraya Zon Tengah A dan memaklumkan kepada Gerakan Trafik untuk membawa dan menghantar kanak-kanak lelaki itu sambil diiringi ayahnya hingga selamat tiba ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, di sini. HM

Remaja kena tinggal diselamatkan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.