Bersatu bakal menjadi ‘janda’ PAS yang baru

JOHOR BAHRU: Umno mempunyai sebab yang berasas untuk khuatir dengan PAS, memandangkan parti itu tidak boleh kekal lama dalam kerjasamanya dengan pihak lain, kata Khaled Nordin.

Naib Presiden Umno itu tidak hairan kenapa PAS dikatakan parti yang banyak ‘janda’ jika dilihat pada kelakuannya.

“Berapa kali (kerjasama gagal)? PAS kena buat keputusan betul-betul. Di Melaka dia pilih Perikatan Nasional, di Sarawak dia bertanding (menentang GPS). Kemudian di Johor dia kata nak dengan Barisan Nasional…selepas itu?” katanya dalam temubual FMT.



Katanya, Umno tidak mahu berunding dengan PAS dalam keadaan Umno kabur tentang parti itu, malah Khaled sendiri akui bahawa beliau “tak kenal ‘siapa’ PAS ini”.

Semalam, PN mengumumkan PAS akan bertanding PRN Johor bawah panjinya.

Khaled berkata parti yang mendukung Muafakat Nasional sepatutnya tidak bertembung satu sama lain, mengingatkan FMT bahawa PAS mengambil keputusan untuk bertanding atas lambang PN pimpinan Bersatu.

“Siapa yang menyukarkan (penyatuan PAS dan Umno)?” soal Khaled.



Katanya lagi, Umno tidak mahu menjalin hubungan dengan parti yang berubah-ubah keputusan dan pendirian “ikut musim”, katanya.

“Umno tak mahu jadi ‘janda’ kepada PAS tapi dia bila-bila boleh ‘jandakan’ Umno.

“Sekarang padan muka Bersatu, kemungkinan PAS boleh ‘jandakan’ dia,” katanya.

Bersatu bakal menjadi ‘janda’ PAS yang baru




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker