Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda, kes naik mendadak

Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda, kes naik mendadak

TEMASYA Sukan Asia 2022 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou mulai dari 10 hingga 25 September depan ditunda berikutan kes COVID-19 meningkat mendadak di China, ketika ini.

Menurut satu kenyataan media, pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.

Kenyataan media itu menyebut, bahawa penularan COVID-19 kali ini adalah yang ‘terbesar’ sejak penularan sebelum ini.

“Pihak Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou mulai 10 hingga 25 September 2022 ditunda.

“Tarikh baru bagi temasya sukan berkenaan akan diumumkan kemudian,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Selaku tuan rumah, Hangzhou berada hampir dengan bandar raya terbesar China, Shanghai yang sedang menjalani perintah berkurung (lockdown).

Sementara itu menurut kenyataan media itu lagi, Huangzhou telah melengkapan 56 venue pertandingan di bandar berkenaan menjelang pembukaan Sukan Asia dan Sukan Para Asia kelak.

Bagaimanapun menurut kenyataan media itu lagi, difahamkan kedua-dua acara sukan besar itu akan ditangguhkan di bawah pelan kawalan virus berdasarkan kepada pengalaman penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari lalu mengikut kaedah ‘gelembung COVID-selamat’ yang dilaksanakan. E9

Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda, kes naik mendadak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker