Dengar bunyi tangisan, lelaki jumpa bayi masih hidup dalam plastik

Dengar bunyi tangisan, lelaki jumpa bayi masih hidup dalam plastik

Bayi lelaki cukup sifat masih hidup ditemui dalam plastik hitam di belakang sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong, malam tadi.

Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang lelaki pada 9.24 malam.



Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar, berkata lelaki terbabit memaklumkan menemui bayi itu selepas mendengar bunyi tangisan di kawasan belakang rumah teres berkenaan.

“Bayi yang masih hidup itu dibungkus dengan plastik hitam dalam keadaan terbuka. Saksi kemudian menghubungi polis untuk bantuan.

“Sepasukan polis ke lokasi dan mendapati bayi dalam keadaan berlumuran darah bersama uri serta bertali pusat. Kawasan kejadian pula didapati gelap serta bersemak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.



Pemeriksaan menganggarkan bayi itu dipercayai dilahirkan ketika usia kandungan antara 38 hingga 40 minggu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuangnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nor Adilah Rosli di talian 016 6873616 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, 03 56210343,” katanya. FMT

Dengar bunyi tangisan, lelaki jumpa bayi masih hidup dalam plastik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker