Puasa 6, Apakah Perlu Berbuka Jika Berkunjung Di Hari Raya?

Puasa 6, Apakah Perlu Berbuka Jika Berkunjung Di Hari Raya?

Menjadi dilema bagi orang yang berpuasa enam apabila terpaksa menghadiri pelbagai jemputan rumah terbuka. Nak pergi salah, tidak penuhi jemputan pun salah juga. Serba salah jadinya. Perlu ingat, berpuasa sunat bukanlah satu tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan.

Ibnu Umar r.a. sendiri ketika sedang berpuasa telah dijemput untuk menghadiri satu majlis, dan beliau tetap memenuhi jemputan tersebut. Sabda Baginda s.a.w.

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke majlis jamuan, hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan” (HR Muslim)

Itu adabnya apabila menerima undangan, kerana jika ia tidak penuhi undangan tersebut sudah pasti akan mendatangkan kekecewaan pada tuan rumah. Sekiranya puasa yang dikerjakannnya adalah puasa fardhu seperti puasa ganti atau puasa nazar, haram baginya berbuka.

Cukuplah hanya sekadar memenuhi jemputan tersebut dan disunatkan untuk mendoakan tuan rumah agar beroleh keberkatan, keredaan atau sebagainya.

Sebaliknya, jika puasa yang dikerjakan merupakan sunat sahaja, dibolehkan baginya untuk berbuka, bahkan disunatkan jika tuan rumah berasa tersinggung sekiranya dia tidak makan apa yang terhidang oleh tuan rumah.

Dalam satu kisah, Baginda s.a.w. pernah menyuruh seorang sahabat yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan. Sabda Baginda s.a.w.

“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu,” kemudian bersabda lagi Baginda kepadanya, “berbukalah dan berpuasalah pada hari yang lain sebagai gantinya jika kamu mahu.” (HR Baihaqi)

Ini sama halnya apabila tuan rumah yang sedang berpuasa sunat didatangi oleh tetamu. Lalu tetamunya merasa keberatan untuk menjamah makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu pula memakannya kecuali tuan rumah makan bersama.

Dalam situasi ini, tuan rumah perlu membatalkan puasanya dengan sebab menghormati tetamu. Itu yang lebih afdal untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun jika tetamu atau tuan rumah tidak merasa tersinggung atau tidak keberatan untuk meneruskan puasa, dalam hal ini lebih afdal dan lebih utama baginya meneruskan puasa tersebut.

Jika dia tetap berbuka tanpa ada keuzuran yang memerlukan untuk berbuka, maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka dengan sebab keuzuran kerana ingin menemani tetamu atau tuan rumah supaya tidak tersinggung, maka puasa yang dilakukannya tadi akan diberikan pahala sekalipun dia tidak dapat menyempurnakan puasanya. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Perbezaan pendapat ini sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya. Wallahu a’lam utv

Puasa 6, Apakah Perlu Berbuka Jika Berkunjung Di Hari Raya?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker