Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin

Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin supaya bertaubat kerana didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Khairuddin yang juga bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata tuduhan Radzi itu termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.



Jelasnya, qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

“Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara,” kata Mohd Khairuddin yang juga bekas ahli parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

Jenayah qazaf merujuk tuduhan zina atau liwat ke atas seseorang, jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki atau pengakuan ikrar orang yang dituduh.



Radzi mengeluarkan perkataan yang dikatakan tuduhan qazaf itu ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa menteri kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa. Mk

Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker