Pemandu Audi A4, Toyota Wish Memandu Secara Berbahaya Ditahan [VIDEO]

Pemandu Audi A4, Toyota Wish Memandu Secara Berbahaya Ditahan [VIDEO]

SEREMBAN: Polis telah menahan dua lelaki yang memandu secara berbahaya di Kilometer 268 hingga 238 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular rakaman video kejadian itu di media sosial Ahad lalu.

Menerusi video berdurasi 1 minit 40 saat itu, sebuah kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dilihat memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berjaya mengesan pemilik dan pemandu kenderaan terbabit.

VIDEO DIBAWAH:-

“Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu Audi A4 berusia 36 tahun manakala suspek kedua memandu Toyota Wish berusia 34 tahun.

“Suspek pertama telah hadir menyerah diri pada Isnin lebih kurang jam 9 malam manakala suspek kedua hadir menyerah diri pada Selasa pada jam 6.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik kereta Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak beberapa bulan.

Bagaimanapun katanya, pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.-SH

Pemandu Audi A4, Toyota Wish Memandu Secara Berbahaya Ditahan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker