UCL: Liverpool Menempah Tiket Ke Final Atasi Villarreal

UCL: Liverpool Menempah Tiket Ke Final Atasi Villarreal

Liverpool mengatasi aksi bersemangat Villarreal untuk menempah tiket final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan kemenangan 3-2 awal pagi tadi, di mana mereka bangkit menghasilkan tiga gol dalam babak kedua selepas kelebihan dua jaringan milik mereka dalam separuh akhir pertama dipadamkan di Sepanyol.

Boulaye Dia membuka jaringan buat skuad bimbingan Unai Emery itu di depan sorakan hebat penyokong sendiri seawal minit ketiga sebelum Francis Coquelin mengejutkan pelawat dengan memadamkan kelebihan mereka menerusi penyudahnya sebelum tamat babak pertama.
Bagaimanapun, Liverpool mengubah permainan mereka selepas perlawanan bersambung dan selepas penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli, gagal menghalang jaringan Fabinho pada minit ke-62, pemain gantian, Luiz Diaz, menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-65 untuk mencerahkan peluang Liverpool ke final.

Sadio Mane kemudian mengawal bola mengatasi Rulli dan menjaringkan gol ketiga pelawat pada lewat permainan untuk mengesahkan kemaraan Liverpool sebelum Etienne Capoue dibuang padang pada lewat permainan kerana mengasari Curtis Jones.

Selepas ini pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu akan meneruskan misi empat kejuaraan musim ini dengan menantikan kunjungan Tottenham bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Villarreal pula akan melayani Sevilla di laman sendiri bagi aksi LaLiga sehari kemudian.

UCL: Liverpool Menempah Tiket Ke Final Atasi Villarreal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker