Lelaki Bangladesh maut dibunuh ketika bergaduh, 7 ditahan

Lelaki Bangladesh maut dibunuh ketika bergaduh, 7 ditahan

Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang warga Bangladesh maut dibunuh rakan senegaranya dalam pergaduhan di tingkat atas bumbung sebuah bangunan kedai di Sitiawan, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi berkata, tujuh warga Bangladesh itu direman tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan, manakala suspek utama berjaya melarikan diri.



Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.07 pagi Isnin.

Katanya, mangsa yang berusia 39 tahun itu dan suspek berusia 26 tahun adalah operator di sebuah kilang sama.

“Mangsa dan suspek tinggal di rumah yang sama bersama tujuh lagi lelaki warga Bangladesh. Dua lelaki itu dipercayai naik ke tingkat atas bumbung untuk berbual, manakala yang lain tidur di tingkat bawah.



“Lebih kurang 3 pagi, seorang rakan serumah mangsa terdengar bunyi bising dari tingkat atas bumbung seperti orang meminta tolong, lalu dia mengejutkan rakan lain dan terus ke tingkat atas,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Setibanya di tempat kejadian, katanya, mereka ternampak mangsa yang berlumuran darah, terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.

Beliau berkata, siasatan awal menemui lima kesan tikaman di badan mangsa dan tiada senjata ditemui di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, punca dan motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk bedah siasat.”



Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026.
FMT

Lelaki Bangladesh maut dibunuh ketika bergaduh, 7 ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker