Ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan

Ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan

Ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang ahli politik yang didakwa terbabit dalam gangguan seksual dan serangan di sini.

Anggota polis, dipercayai dari Jabatan Siasatan Jenayah, muncul di pejabat Phillip Among, ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), ketika dia bercakap kepada wartawan dalam sidang media pada 12.30 tengah hari tadi.



Among, yang digantung jawatannya sebagai penyelaras Parlimen Putatan susulan kontroversi itu, mengadakan sidang media untuk menjawab tuduhan dia mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dan menyerang seorang pegawai Rela baru-baru ini.

Among memberitahu wartawan, dia sudah memfailkan saman sivil terhadap peserta itu, pegawai Rela dan portal berita berhubung dakwaan terbabit yang dinafikannya sebagai palsu.

Pihak berkuasa menghabiskan lebih 30 minit di pejabatnya selepas media bersurai dan Among dibawa menaiki sebuah kenderaan polis tidak bertanda, dipercayai untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, di sini.

Peguamnya, Marcel Jude berkata, Among ditahan polis untuk membantu siasatan atas dakwaan gangguan seksual dan serangan.



Terdahulu, dalam sidang media itu, Among memberitahu wartawan, beliau sedia bekerjasama dengan polis “setiap masa”.

Ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker