Stor dadah berselindung sebalik kedai ‘bundle’

Stor dadah berselindung sebalik kedai ‘bundle’

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai hampir RM1 juta yang berselindung di sebalik kedai pakaian “bundle” dalam beberapa siri serbuan di kawasan Seberang Perai Tengah, sejak 25 Apr lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pada 4 pagi 25 Apr dan 3 pagi 27 Apr, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah melancarkan operasi terancang di kawasan Bukit Mertajam.

Katanya, beberapa siri serbuan dilakukan dalam tempoh itu membawa kepada rampasan 17 bungkusan dadah jenis syabu dengan anggaran berat 16,707.6g, bernilai RM601,473.50, dua paket plastik dadah ganja seberat 41g bernilai RM102.50 dan 149 bungkusan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 151,114g bernilai RM377,785.

“Jumlah nilai rampasan dadah adalah RM979,361 dan polis turut menahan lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang berumur antara 22 hingga 55 tahun dalam siri serbuan itu. Tiga kenderaan bernilai RM45,000 turut disita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shuhaily berkata, lokasi utama serbuan adalah di sebuah rumah kedai tiga tingkat di kawasan Bukit Mertajam, yang menjadikan kedai pakaian “bundle” sebagai stor penyimpanan dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa rumah kedai itu dengan harga RM1,500 sebulan dan melakukan perniagaan kedai pakaian “bundle” untuk mengaburi mata pihak berkuasa di sebalik aktiviti haram itu.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket itu bergiat aktif sejak Januari tahun ini dan dipercayai bekalan dadah adalah untuk kegunaan tempatan.

“Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti jumlah anggota sindiket dan polis percaya bekalan dadah ini diseludup masuk dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga yang ditahan positif dadah methamphetamine, morphine dan tetrahydrocannabinol (THC), manakala semakan rekod lampau mendapati lima yang ditahan mempunyai rekod dadah dan jenayah.

Katanya, semua suspek direman selama tujuh hari bermula 25 Apr mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Stor dadah berselindung sebalik kedai ‘bundle’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker