Disyaki dera 2 anak tiri, lelaki positif dadah ditahan

Disyaki dera 2 anak tiri, lelaki positif dadah ditahan

Polis menahan seorang lelaki hari ini kerana disyaki mendera dua anak tirinya yang berusia enam dan lapan tahun sehingga mengalami kesan lebam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek ditahan di rumahnya di Jalan Sungai Petani, Alor Setar pada 3.30 petang tadi.



“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan kesan lebam di pipi kiri dan kanan seorang murid perempuan lapan tahun membongkar dia dan adiknya menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.

Kejadian itu disedari guru kelas tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa seperti dipukul ketika dalam kelas semalam. FMT

Disyaki dera 2 anak tiri, lelaki positif dadah ditahan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui



JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker