Kerajaan tambah subsidi ayam, pastikan harga kekal RM8.90 sekilo

Kerajaan tambah subsidi ayam, pastikan harga kekal RM8.90 sekilo

Kerajaan bersetuju menambah subsidi bertujuan mengekalkan harga runcit ayam RM8.90 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Katanya, selain itu, kerajaan juga bersetuju tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2022 yang berkuat kuasa Selasa lalu, dilanjutkan empat hari hingga 10 Mei, berbanding pengumuman sebelum ini, iaitu hingga 6 Mei.

“Oleh kerana ada kenaikan kos kerajaan juga bersetuju untuk menambahkan subsidi menampung kos supaya harga runcit ini kekal, bagaimanapun saya tidak boleh menjelaskan berapa penambahan subsidi tersebut, secara prinsipnya harga ini akan dikekalkan (hingga 5 Jun) itu yang penting,” katanya memetik laporan Bernama.

Kerajaan menerusi NACCOL, memutuskan harga runcit maksimum ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 sekilogram, daripada harga siling RM9.10, ditetapkan bermula 5 Feb hingga 5 Jun.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Nanta berkata, berdasarkan statistik Op Pantau dilancarkan 3 April hingga Selasa lalu, sebanyak 89,674 premis diperiksa di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 631 aduan diterima selain 463 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan, manakala sebanyak RM123,900 kompaun dikeluarkan kepada peniaga terbabit.

Beliau berkata berdasarkan statistik penguatkuasaan SHMMP HRP 2022 sejak Selasa lalu, sebanyak 1,938 premis diperiksa di seluruh negara melibatkan 27 premis borong dan 1,911 premis runcit selain satu aduan dan satu kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan bawah SHMMP HRP 2022 setakat semalam. FMT

Kerajaan tambah subsidi ayam, pastikan harga kekal RM8.90 sekilo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker