Kematian Baby Adam: Polis akan panggil Siti Bainun
Kematian Baby Adam: Polis akan panggil Siti Bainun
Polis akan memanggil pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam siasatan ke atas kematian bayi sindrom Down, Adam Rizqi Abdul Azim pada 2020.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, satu kertas siasatan dibuka untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian bayi berusia 10 bulan itu.
“Kami sedang merakam keterangan beberapa individu, termasuk Siri Bainun. Kami sepatutnya mengambil keterangannya beberapa hari lalu, tetapi menangguhkannya kerana dia mempunyai kes mahkamah.”
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Op Selamat di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang turut dihadiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim.
Beberapa pihak menggesa polis menyiasat semula kematian Baby Adam, yang turut berada di bawah jagaan Rumah Bonda.
Polis kemudiannya dilaporkan berkata, bayi itu meninggal dunia akibat pneumonia berdasarkan laporan bedah siasat.
Siti Bainun kini dibicarakan atas dakwaan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella tahun lalu.
Sementara itu Ashari berkata, polis akan memanggil individu bergelar Cikgu Fadli, yang mendakwa di media sosial bahawa tiada bedah siasat dilakukan ke atas Baby Adam.
“Kami sedang mencari seorang individu yang menyebarkan satu dakwaan tertentu. Kami ingin tahu dari mana dia mendapat maklumat tiada bedah siasat dilakukan.
“(Dakwaannya) menyebabkan orang ramai percaya polis tidak menjalankan tugas mereka.”
Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, polis akan membantu mengesan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari sebuah depot imigresen di Kedah minggu lalu selepas Jabatan Imigresen mendakwa sebahagian daripada mereka dikesan berada di Selayang. FMT
Kematian Baby Adam: Polis akan panggil Siti Bainun
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui