Peniaga pasar malam hambur kata kesat didenda RM100

Oleh – Syeikh Baran

Peniaga pasar malam hambur kata kesat didenda RM100

Seorang peniaga pasar malam didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghambur kata-kata kesat terhadap seorang lelaki di pejabat Ahli Parlimen di Bukit Bintang minggu lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Kon Kian Pou, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, tertuduh boleh dipenjara selama tiga hari dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan aib dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Lee Kian Wei di pejabat Ahli Parlimen, Jalan Landak, Bukit Bintang di sini pukul 3.30 pagi pada 24 Oktober lalu.

Justeru pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun peguam A. Daniel dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon denda ringan atas alasan anak guamnya baru menjalani pembedahan dalam perut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker